03 Disember 2015 adalah tarikh dimana Intercultural Festival berlangsung. Bagi tugasan dimana kami dikehendaki membuat pameran interaktif. Tajuknya adalah bebas dan Rainbow telah memilih tajuk mengenai perjalanan hidup seorang Muslim dan Buddha, di gelar The Journey. Pemeran tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para penggunjung mengenai perjalanan hidup sesuatu agama. Sebagaimana untuk agama Islam, Islam percaya seseorang itu bermula dari alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan akhir sekali alam mashyar. Setiap alam mempunyai cara yang tersendiri. Begitu juga dengan budaya Buddha, segala pantang larang dan adat-adat masih diikuti oleh penganutnya.
Comments